Khamis, 16 Jun 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Peserta BERSIH akan ditahan

Posted: 15 Jun 2011 09:31 AM PDT

Amaran itu dikeluarkan selepas polis memutuskan tidak meluluskan permit untuk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang merancang mengadakan satu lagi perhimpunan bagi menghalang perhimpunan BERSIH 2.0.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata siasatan awal mendapati perhimpunan itu adalah agenda beberapa individu berkepentingan untuk mengadakan bantahan politik, yang dikhuatiri boleh menimbulkan kekacauan jika dibenarkan diteruskan.

"Atas sebab keselamatan, kita sudah membatalkan semua permohonan dan tidak akan berunding dengan mana-mana pihak walaupun atas alasan untuk berhimpun secara aman tanpa menggunakan senjata. Justeru, jika perhimpunan ini diteruskan juga, maka ia satu perhimpunan haram dan tindakan keras akan diambil.

"Malah, bila ada dua pihak yang berbeza ideologi mengadakan perhimpunan di lokasi dan tarikh sama, maka akan berlaku pertembungan hingga membawa kepada risiko berlaku keganasan. Ini yang amat kita bimbangkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Ketua Polis Daerah Seluruh Negara 2011 di Maktab PDRM Cheras di sini, semalam.

Berikutan itu, Khalid menyeru penganjur dan mereka yang mempunyai niat untuk menyertai kedua-dua perhimpunan berkenaan agar membatalkan hasrat mereka.

Sehingga semalam, 418 laporan polis dibuat oleh peniaga, pengusaha, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai membantah perhimpunan berkenaan.

Khalid menegaskan, polis juga sedia menahan penganjur perhimpunan itu lebih awal sebagai langkah pencegahan, selain mengambil tindakan tangkapan ketika perhimpunan diadakan.

"Kita sudah bersedia dari semua aspek bagi memastikan niat untuk menganjurkan perhimpunan yang akan menyebabkan kerugian kepada banyak pihak ini dipatahkan," katanya.

Dalam reaksi serta merta, Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kasim, berkata pihaknya akur dengan arahan polis.

"PERKASA membantah 100 peratus perhimpunan BERSIH dan kami akan mencari alternatif untuk menghalang mereka. Mereka hanya mahu mencetuskan kekecohan dan ingin membawa budaya reformasi seperti yang berlaku di Timur Tengah ke Malaysia," katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata polis akan memantau dan mengambil tindakan secara profesional kerana sebarang perhimpunan haram boleh menjejaskan keselamatan negara dan mengganggu ketenteraman awam.

Sementara itu, Dewan Rakyat semalam menolak usul bagi mengecam tindakan BERSIH bercadang mengadakan perhimpunan haram berkenaan.

Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar membuat keputusan menolak usul dikemukakan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (BEBAS-Bayan Baru) mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) atas alasan ia tidak perlu disegerakan.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengambil langkah perlu sebagai persediaan untuk menangani perhimpunan itu.

Terdahulu, Zahrain yang mengemukakan usul meminta Dewan Rakyat mengambil ketetapan untuk mengecam sekeras-kerasnya tindakan BERSIH, terutama menghasut rakyat untuk merusuh di jalanan seperti yang berlaku di beberapa negara Asia Barat, termasuk Tunisia dan Mesir.

Pada 2007, BERSIH menggunakan slogan 'Gelombang Kuning' menganjurkan perhimpunan haram, bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menuntut pilihan raya yang telus dan adil. Demonstrasi itu menimbulkan kekacauan dan menggugat ketenteraman awam selain menyebabkan kesesakan teruk di ibu negara.

 

Mat Sabu: ‘Perkasa perkara kecil, kami tak sekat Perkasa’

Posted: 15 Jun 2011 09:25 AM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) berkata, Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tetap diteruskan sambil menyifatkan Perkasa sebagai "perkara kecil."

"Perkasa ini perkara kecil sahaja, tiada apa-apa akan berlaku... kita bukan timbulkan apa-apa pun.

"Bagi pihak Bersih kita hanya mengadakan perhimpunan aman, tiada apa-apa provokasi, tapi kita minta agar polis mengawal keselamatan," katanya selepas pelancaran Bersih 2.0 peringkat negeri Selangor di Dewan Hamzah di sini malam tadi.

Himpunan Bersih 2.0 mendapat tentangan pihak pro- Barisan Nasional (BN). Perkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali memutuskan untuk mengadakan perarakan balas serentak pada hari yang sama.

Ibrahim berkata pihaknya akan menganjurkan protes balas bagi menghalang Himpunan Bersih 2.0 selain mendakwa ia akan menimbulkan huru-hara.

Justeru tegas Mohamad, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Perkasa, namun mempersoalkan mengapa perlu diadakan pada hari yang sama dengan Himpunan Bersih 2.0.

"Mengapa mesti hari yang sama? Perkasa boleh pilih tarikh lain... inikan negara demokrasi.

"Jadi, saya minta agar polis dapat mengawal keselamatan dan mengambil tindakan ke atas mereka yang mengundang perkara-perkara tidak diingini," katanya.

Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan "Mat Sabu" berkata, Himpunan Bersih 2.0 yang bertemakan "Walk For Democracy" akan diadakan secara santai tanpa menimbulkan sebarang ketegangan.

Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS pusat ini menambah Himpunan Bersih 2.0 bukan gerakan parti politik tapi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut pilihan raya adil dan bebas.

"Jadi saya minta peserta yang hadir hanya membawa bendera Malaysia dan bendera negeri bukan bendera parti politik . . . slogan juga mesti slogan Bersih 2.0, jangan bawa senjata, kalau ada provokasi jangan dilayan sebab kita berhimpun secara santai.

"Tujuan kita bukan nak kecam sesiapa tapi hanya mahukan pilihan raya yang adil dan bebas, kalau tiada perubahan negara akan menjadi lebih teruk," katanya.

READ MORE HERE

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved