Khamis, 26 Mei 2011

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysia Today - Your Source of Independent News


Voter registration this weekend

Posted: 25 May 2011 05:35 PM PDT

DAP FT/Selangor is having a mega statewide (Selangor & FT) voter registration exercise this weekend, 28-29 May, at 12 locations. We're hoping to hit 10,000 new voters!

Venues include markets (for the semi-urban areas) and shopping centres for the urban areas, locations are:

1. KAJANG: Metro Point (near Old Town White Coffee); 11am-9pm

2. KEPONG: Waterfront, Desa Parkcity (near Coffee Bean); 10am-8pm

3. KLANG: Klang Parade (Renren Book Store); 10am-10pm

4. KUALA KUBU BHARU: KKB Market; 8:30am-10:30am

5. PANDAN: Pandan Perdana Morning Market (Sat) & Taman Muda Market (Sun); 8am-11am

6. PETALING JAYA: 1Utama (1st Floor, Oval); 10am-10pm & Digital Mall, Sect 14; 10am-9pm

7. PUCHONG:  IOI Mall (Guardian, Old Wing); 10am-10:30pm

8. SEKINCHAN: Restaurant Sheng Hui (Sekinchan Market); 8am-12pm

9. SERDANG: The Mines Shopping Mall ; 11am-9pm

10. SUBANG JAYA: Empire Shopping Gallery (P1 Travelator); 10am-10pm

AR RIDHA DESAK GUGUR PERTUDUHAN EMPAT ANGGOTA SYIAH

Posted: 25 May 2011 03:57 PM PDT

PRESS STATEMENT

Ar Ridha, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), membantah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu majlis jamuan makan dan kesenian yang di adakan di kawasan lapang, Taman Sri Gombak dekat Kuala Lumpur hari ini, 25 Mei 2011. Majlis tahunan itu diadakan sebagai memperingati hari ulangtahun kelahiran Fatimah Zahra, puteri Rasulullah saw.

Ketika serbuan itu berlaku, lebih 1,000 tetamu daripada pelbagai bangsa dan agama dalam konteks 1Malaysia sedang menjamu selera dan tindakan ini adalah sesuatu yang memeranjatkan dan tidak wajar. Ini kerana pihak penganjur telah mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Selayang, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (Rela) untuk menganjurkan majlis tersebut.

Dalam serbuan tersebut, empat anggota bermazhab Syiah telah ditahan dan dilepaskan dengan ikat jamin pada petang tadi. Mereka ialah Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz, Radin Ahmad Faizul, Syed Mohd Shafiq Syed Husin dan Mohd Asyraf Ahmad. Mereka dituduh menyebarkan ajaran mazhab Syiah walaupun majlis itu hanya sekadar majlis jamuan makan yang biasa diadakan setiap tahun.

Tindakan Jais ini dilihat sebagai satu tindakan yang biadap dan merupakan suatu penindasan kerana Jais bertindak tanpa waran dan tidak mengikut saluran undang-undang yang betul. Oleh yang demikian, kami mendesak Jais menggugurkan segala pertuduhan ke atas mereka kerana majlis itu dianjurkan dengan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

Tindakan Jais dalam membuat serbuan dan menahan empat anggota Syiah adalah bercanggah dengan Artikel 11, Perlembagaan Malaysia, yang menyebut agama Islam sebagai agama rasmi dan penganut-penganut agama lain bebas untuk mengamalkan ajaran agama mereka.

Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timor, Kuang, Selangor pada 7 Jun depan. Sementara itu, Ar Ridha telah membuat laporan polis petang tadi berhubung dua artikel berunsur fitnah tulisan Hasliza Hassan di akhbar Berita Harian  pada 23 Mei 2011 bertajuk "Masyarakat mesti disebar luas bahaya Syiah" dan bertajuk "Tiada sebab terima Syiah di Malaysia" pada 24 Mei 2011.

Ar Ridha
Pengarah
Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz

 

Kredit: www.malaysia-today.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Today Online

Copyright 2010 All Rights Reserved